Sunday, January 9, 2011

FAHAMI WANG KERTAS

 FAHAMI WANG KERTAS



Wang merupakan sekeping kertas yang dicetak dengan nilai dan diperakui serta disahkan nilainya oleh kerajaan yang memerintah. Sebagai contoh, Ringgit Malaysia ( RM ) diperakui nilainya oleh kerajaan Malaysia dan disahkan oleh Bank Negara barulah boleh digunakan wang tersebut. Andainya kerajaan sudah tidak memperakui lagi nilai yang tercetak pada wang tersebut, adakah wang itu masih boleh digunakan? Kemana perginya wang kertas yang telah dicetak dengan RM1000 , RM500, RM 20 dahulu..? Jika ada sesiapa yang memilikinya...adakah masih laku nilainya sekarang ini..?

Untuk maklumat kita, wang kertas hanyalah digunakan sebagai medium pertukaran bagi mendapatkan sesuatu barang yang kita perlukan ( jual-beli ) dan ianya bukanlah penyimpan nilai yang baik. Wang tidak sesuai untuk kita jadikan harta simpanan atau aset kita kerana ianya mengalami inflasi dan nilainya sentiasa jatuh setiap tahun.

BAGAIMANA NILAI WANG JATUH...?



RM hanya laku digunakan di Malaysia sahaja, dan jika di bawa keluar dari Malaysia ia tidak akan diterima lagi di negara lain...Nilai RM sentiasa jatuh setiap tahun kerana mengalami inflasi. Sebagai contoh, harga seekor kambing pada tahun 2008 ialah antara RM250 ke RM350 seekor bagi kambing dewasa. Jika anda menyimpan duit tersebut sebanyak RM350 pada tahun 2008 untuk membeli kambing pada tahun ini.., adakah anda mampu untuk membelinya sekarang..? jawapannya tidak kerana nilai seekor kambing pada hari ini ialah RM500 hingga RM650 seekor.

ADAKAH WANG MENYIMPAN NILAI YANG BAIK...?

Jawapannya tidak....kerana inflasi menyebabkan nilaiwang semakin rendah setiap tahun. Harga barang diawal tahun tidak sama dengan harga pada akhir tahun..ini dinamakan inflasi yang menyebabkan nilai wang jatuh.

APA RISIKO MENYIMPAN WANG..?

Risiko menyimpan wang sebagai harta simpanan adalah kejatuhan nilai mata wang tersebut...sebagai contoh...anda menyimpan wang sebanyak RM1 juta didalam bank...maka anda adalah seorang yang kaya pada masa ini...setelah 2 tahun kemudian...ekonomi Malaysia mengalami kemelesetan seperti yang berlaku di indonesia sekarang...adakah nilai RM1 juta masih sama..? jawapannya TIDAK...nilainya ketika kemelesetan ekonomi hanyalah RM1000 sahaja....jadi...KENAPA ANDA MASIH MENYIMPAN WANG SEBAGAI ASET...?